Instagram

Interview SPA


Assalamualaikum.
Pembuka kata..Dari diriku,manusia biasa.

Rasa gembira sangat bila dapat tahu dapat interview SPA..Mulanya,saya dilema.Nak pergi atau tak.Tapi,last last saya buat keputusan untuk pergi je.Tu pun setelah kawan kawan bagi sokongan yang teguh.Terima kasih,Bestiest.Sayang korang sesangat.Tambahan pula,saya tengah menghidap sakit mata.Orang kampung saya kata "Red Eyes" .saya menghargai peluang yang ada.Saya  selama seminggu..Takut juga cuti lama lama nih.Mesti tertinggal pelajaran.hurm,dah tak lam lagi nak exam..Macam mana nih...AIYO.

Ok..persediaan untuk interview suda settle..cuma tinggal nak baca apa yang berkaitan dengan jururawat & penolong pegawai perubatan.nabess rasa hati ni..malam sebelum interview,tidur akhir pulak..mana tak nya,fikirkan pasal hari esok jerr.Btw,pegi ni dengan bapa hee,mak da interview juak dekat limbang.

Pagi hari interview tu,saya.Bangun seawal 6 Pagi..sarapan pun,Maggie cup jer.Kesian tak?.Disebabkan kami belum pasti tempat interview tu kat mana,terpaksalah bertolak dari hotel pukul 7.Padahal interview tu mula pukul 7 .45 a.m..tak ke awalnya..haaa..nasib senang je nak cari tempat tu..JTK,Beaufort.Tau tak korang JTK tu apa benda?tu Jabatan Tenaga Kerja..tak perlu nak susah susah fikir ye..haha.

Bapa saya ni peramah sangat berbeza dengan anaknya ni ha.diam seribu bahasa.Sengih je tau..Actually,saya bukannya sombong,tapi tak pandai nak start conversation..Harap Maaf.lagipun,saya rasa humble pulak tengok orang ramai sangat..Gabra tuu,Ngee...

Setelah lama menunggu,kami disuruh masuk ke sebuah bilik..Rupanya exam minat..Senang giler,..Tapi,bila dah nabess,semua nya jadi kelam kabut.tangan aku pun sejuk..yahh..nak terkencing ada jugak..Yang peliknya,takde pulak exam sahsiah..dh expect soalan yang keluar,ada 227 soalan semua,nak tau soalan tu macam mana?hehehehe.
  • adakah anda pandai membaiki peralatan elektrik?
  • anda boleh melukis?
  • anda boleh menggunakan mesin kira-kira?
Senang betol lah..kira-kira 20 minit dah siap..HAHA..Pastu kitorang dikehendaki keluar untuk daftar dan ambil giliran.Sampai masa saya daftar,.Pihak Urus setia tu tengok semua resume,fotostat ic,surat lahir dan ada lagi lah....Dia susun,siap stapler lagii..dia kata,nanti susun sijil tu sendiri..Keluar je dari bilik tu,saya pergi lah susun,.sijil.yang dah distapler tu saya susun jugak dalam fail..TAPIIII,.!!Bila sampai turn saya nak di interview,mampus berdebar debar.try jugak nak cover rasa nervous.takut lain pulak yang jadi nanti..haha.

OK,.nak story pasal time dalam bilik interview pulak...macam biasa,saya ketuk pintu,..bagi salam..diorang suruh duduk..Then,start...

TI=Tukang Interview
H=Saya

Belum apa apa jadi lagii..TI baru tengok dokumen yang saya bawa..Pastu

TI : Sakit mata ke?
H : ye...dah dapatkan rawatan dah sabtu ritu.
TI : "Mana dokumen yang pihak rus setia dah stapler tadi?"
H :  Saya dah susun dalam fail tu..(Dengan yakinnya)
TI : kenapa awak ceraikan ? (dengan muka serius)
H : erm..saya ingat dia suruh susun balik dala fail..
TI : Sekarang awak pergi keluar,mintak urus setia tu tolong susun balik.
H : Saya kena ambil giliran baru ke ?
TI : Tak payah..Lepas peserta lepas ni,awak boleh masuk..

saya ambil fail,terus pergi keluarr..Semua orang hairan..kejap sangat sya ni,interview,padahal ada masalah..haha.terus cari bapa..minta eman pegi jumpa urus setia tu..sempat jugak lah kena bebel..sabo je lah..padahal,dalam hati,dah menangis...hihi..Tunggu,punya tunggu,peserta tu,dah keluar..ALAMAK! turn aku lah..

Ok,Ulang balik..Ketuk pintu dan bagi salam..TI tengok saya maca lah besar sangat salah saya..ngeee...Seram~

H : Maaf ye..
TI : (Angguk) Sila duduk
H : Terima kasih. :)
TI : Ok,Cik Nurhananai,Perkenalkan diri anda.
H : Nurhani lah ... 
TI : iye..Cik Nurhani
H : Nama saya Nurhani ....blablablaba....
TI : Cik nak pilih ape?Penolong Pegawai Perubatan atau Jururawat?
H : erm..Jururawat..(Sebab kalau dia tanya macma2,enang nak jawap nanti)\
TI : kenapa minat Jururawat ?
H : sebab sya suka dengan kanak-kanak..
TI : kalau macam tu,pergi lah kahwin..
H : ((Aku hanya mampu tersenyum) erm,saya suka jaga orang tua.
TI : aik..pergi je rumah orang-orang tua.kan senang..
H : hahaha..Suka tengok Jururawat lah..
TI : (Ketawa TI) Pelik lah budak nii..
H : (Peduli apa aku..haha)hahaha
TI : apa sifat yg perlu ada pada Jururawat?
H : (hah?) erm...Prihatin,..Baik hati,..Suka menolong orang lain.
TI : ada lagi.?
H : (xde idea sebenarnya) suka bantu membantu..hihi.
TI : Ok,.kat mana Kolej Jururawat ni..
H : (Dengan jujurnya aku jawap) Tak tahu..
TI : Macam mana pulak tak tahu,..
H : (Senyum kambing..hehe)
TI : Apa tugas Jururawat?
H : mengurus makan minum pesakit,mengatur ubat-ubatan pesakit,menjaga kebersihan pesakit,(Boleh jawap,tapisekat-sekat lah)
TI : Jururawat pakai baju warna apae ?
H : ( kacang sangat ) Putih lah.
TI : topi diorang warna apa,?
H : Topi putih,tapi ada riben yang berwarna.
TI : Warna apa ?
H : Erm,tu terpulang kepada kerja jururawat tu..kalau kat tempat saya,warna biru rasanya..hihi.
TI : awak ada adik kan ?
H : ada. yg sorg tu tahun 1 , yg sorang lagi, tingkatan 2 .
TI : yang tahun 1 tu, kat sekolah, dia pernah dapat khidmat kesihatan ape je?
H : erm..pergigian,..Rubella tu time tahun 6 jerr..pasal pencegahan sakit kaki tangan dan mulut dan blablabla....
TI : Ok,Suntikan ape je yang kamu pernah dapat?
H : sepanjang hidup saya ni ke ?
TI : iye..nanti kalau saya tanya pasal benda lain,awak tak tahu pulak..
H : heee..erm..rubella.dan time tingkatan 3 tu jugak..
TI : apa nama suntikan time tingkatan 3 tu?
H : ermmmmmmm.....tak tahu..
lama loading..tapi..tetap juga tak tahu..
TI : Tetanus 
H : ( Bagi muka blurr ) 
TI : kancing gigi.
H : oh...kancing gigi ( Buat-buat ingat.padahal tak tahu pun..)
TI : Baiklah..Ada apa soalan?
H : erm..(apa lagi,saya pergi lah tanya soalan yang cepumas)
TI : Blablablabal...
H : Terima Kasih..

Saya keluar dengan senyuman..rasa tak macam dalam bilik interview...rasa macam bercakap dengan orang biasa jer..Apa nak jadi,jadi ah..yang penting..dah lepas..haha..

OK,tu la sedikit,sebanyak pengalaman saya pergi interview..hehe.harap dapat jadi panduan kat sesiapa yang bakal interview SPA nanti..TQ :)


No comments:

Post a Comment