Instagram

STPM Leaver

Assalamualaikum Reader :)
Long Time No see. Alhamdulillah Hani masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T. Apapun, kita mulakan dengan BISMILAH...



Dalam post ni, Hani nak share dengan korang tentang kehidupan Hani apabila bergelar 
"Budak Lepasan STPM" or we can call it as"STPM Leaver" nampak tak kaitannnya dengan tajuk post ni. 


Jangan buang masa. Lets start our story guys. 

First Of All, Emm. macam best je kan bila dah habis study. Actaually, tak lah best mana pon. Sekarang Hani dah kene cari keje pulak. Iyelah, takkan nak stay rumah je kot. Boleh jadi gemol kalau stay rumah tak buat ape ape. Bina badan konon. hahahaha. 

Hani sekarang bekerja as Data Entry Clerk. Company dirahsiakan. hehehehe. Gaji jangan tanya k. cukup makan aje. mana tak nya, gaji tu Hani boleh habiskan dalam masa seminggu tau. Nampak tak keborosan di situ. kihkih. Dengan adanya internet, sekarang shopping guna jari aje. sebab tu lah tak rasa gaji habis. 

Gaji pertama ni, mestilah ada save untuk parents. Penting tu. Dengan duit ni lah Hani nak balas budi dorg besarkan Hani, beri didikan, Ikut kehendak Hani yang terlalu demand ni. Saya SAYANG mak saya. Saya SAYANG bapak saya. Lots of love. 

Mohon dimurahkan rezeki selepas ini. Dapat jugak beli barang untuk adik adik. Maklumlah, kakak mithali mestilah ingat kat adik adik jugak. hehehe. (tak malu masuk bakul angkat sendiri). 

Korang jangan ingat kerje ni senang. Senang lagi jadi student eh. Hani asal balik kerje je mesti letih. Mana tak nya, kerje asyik menghadap komputer aje. Dari 2 mata jadi 4 mata. perlu training pulak tu. Pening pening. sekarang dah genap sebulan Hani menjadi pekerja. Now I'm employee not yet a student. 



Thats all for now, Hani miss all of my family member and classmate. 
"Sampaikan salam rinduku padanya"
 - Keep Calm Hani. Assalamualaikum Cinta :) -
GOOD NIGHT 

Throwback Moment #1

Assalamualaikum Reader 
Long time no see. Well my schedule as a student was very full. Now, I'm Freedom. Oh yeah!! But I really miss my moment with teacher and all my fellow friends. Eventhough I feel I excited to finish my school. There still a moment that I never forget. Love them very much. 

# First, I want to introduce my classmate for 2 years. For your information only one guy in our class. Enjoyed bullying him. hahahaha. 
Mahuyuddin
Amiza
              
 

Azida
Azreen
          
Dayang
Marhamah
Muzalifah
Mutheerah
                             



Nazzurah
Derina
           

Fatimah
Ummu
             
Nazihah
Zulfa
                                                                                  
Pinkish, right? Well. we're girlish. hahaha. And not forgotten my beloved teacher which spend time teaches us without feeling tired. They are the best teacher ever
Ustaz Shahi ( B.Arab )
Ustaz Ismail ( Syariah )
Cikgu Khamsiah ( B.Melayu )
Madam Suebella ( MUET )

Cikgu Yusli ( P.Am )

Cikgu Hassan ( P.Am )
 They are handsome and beautiful.They are the ones that make us be a useful person to the community and nation. They also the people behind our success in the future soon. We are grateful for their presence.
Lastly, this our last photo together :( 




 Okay. That all. Hope all of us life happily. May Allah bless us. Be healthy. Sayonara...



K A W A N ?

Assalamualaikum W.B.T..Salam 1Malaysia... 

 “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik...
 
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya :

 “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan  jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Dalam hidup ini sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai jenis masalah kan? IMPOSIBLE tak ada... Manusia tidak terhindar dari melakukan kesilapan... sama ada dalam keadaan kita sedari atau sebaliknya.. Dalam kalangan keluarga lagi, sudah semestinya kan ada pertengkaran walaupun hanya masalah kecil.. Apatah lagi dalam kalangan sahabat... Kita hanya hamba Allah yang memiliki kekurangan masing-masing.. (Nobody Perfect) Pasti ada yang terasa hati atau terluka dengan apa yang kita lakukan sehari- hari.. walaupun kita tidak ada niat berbuat begitu.. Begitulah lumrah kehidupan..


Saya mengalami masalah seperti ini.... Bukan hanya sekali, tapi berkali-kali.. Itulah adat bersahabat, pasti ada gaduh-gaduh kan?.. Adakalanya sampai tak bertegur 2 3 minggu.. Hal ini disebabkan oleh keegoan yang bersarang dalam hati masing-masing.. Sehinggakan susah untuk mengungkapkan "Minta Maaf" atau berdamai tanpa ada rasa dendam antara satu sama lain.. Apabila saya berada dalam situasi ini, adakalanya saya akan berkata "Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?" Tapi, pernahkah kita berfikir bahawa sahabta kita berkelaukan sedemikian kerana terguris hati dengan kita.. Mungkin ada perlakuan atau pertuturan kita yang mengganggu emosinya.. INGATLAH kita tak boleh mengharapkan orang memahami diri kita tanpa kita memahami orang lain.. Jikalau kedua-dua pihak terlalu ego dan tidak mahu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini, Maka.. tarjadilah fenomena "Bisu dan Pekak sedunia" (Tidak bertegur sapa).. Buat pengetahuan kita bersama, tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari berdosa... Tapi kita nak ke pergi meminta maaf, walaupun dalam hati kita ni kuat mengatakan “AKU TAK SALAH!”

Sabda rasulullah : 
 Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” 
(Hadits riwayat Muslim)

Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.

 Nabi SAW bersabda :
 ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
 Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”


Dalam islam,kita tak boleh tak bertegur dengan orang lebih dari tiga hari. Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam,WALAUPUN sebenarnya dia yang memutuskan silaturahim. Selepas kita tegur,tapi dia buat tak tahu je,itu urusan dia dengan Allah,yang penting kita dah usaha.

Riwayat lain ada menyebut :
 " Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, ia seumpama menumpahkan darahnya"
Jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.


Dilema wanita

Assalamualaikum W.B.T readers'. Bertemu kembali di "Tika Hati Berbicara"
Hari ni, kite nak kongsi tentang apa yang terpendam dalam hati ni, Hmmm.. Kenapa ada rasa menyesal pulak dalam hati kite ni eyk? sekarang, kite rasa tak da tujuan je. study pun entah ape ape je. rasa nak quit lah pulak. nak tukar mode. maybe tempat kite bukan kat sini. Urghhh! dilema wanita. lepas satu, satu. nak tau tak, nak tau tak? kite jelez tengok tengok kawan kawan kite yang dapat temuduga tu. memang rezeki dorang kot. bila lah pulak rezeki aku. nak cakap kat mak ayah, nak berenti sekolah. tapi, tulah kan. susah kalau parents cikgu nie. xpasal pasal kena ceramah pulak kang. Paraii aku. hurm. Amacam nih? apa konklusinya. adoyai. Pihak IPG nie, buat masalah pulak, xabis abis postpone tarikh keputusan kemasukan IPG 2013. apa nak jadi ihh. kehidupan kite terumbang ambing sekarang.

"Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa kami (muslim & muslimah) Kau bantulah hambamu yang lemah ini. Cerahkanlah masa depan hambamu ini. berilah petunjuk pada amba Ya Allah. Buangkanlah sifat malas dalam diri hamba ini. Murahkanlah rezeki hambamu ini. Moga-moga hamba dapat interview maktab. Tunjukkanlah pada hamba matlamat hidup yang sebenar. Aminnnn Yarabal Alamin ~ "

Apakah yang dinamakan sahabat ? :l

Assalamualaikum, 
apa khabar semua? Apa khabar iman anda? Alhamdulillah, saya diberi lagi kesempatan olehNya untuk menggerakkan jemari menekan papan kekunci. Syukur pada Allah. Kali ini saya mahu berbicara mengenai cinta kerana Allah. Cinta atas ikatan persaudaan. Ukhuwwah. Bila bercakap mengenai ukhuwah, apa yang terbayang di fikiran anda? Mesti sahabat anda, atau kawan chatting anda atau sesiapa sahaja yang anda rasa senang bersamanya. Betul tak? Tapi ingat! Bukan yang berlainan jantinan ya? Bila sebut ukhuwah, selalunya orang akan terfikir sahabat baik. Anda semua ada sahabat baik? Pernah tak anda bergaduh dengan sahabat baik anda? Kalau tidak, saya ucapkan tahniah! Kalau ya pun saya ucapkan tahniah kerana walaupun ada pelbagai rintangan sehingga menimbulkan pergaduhan, hingga kini dia masih sahabat baik anda! Tahniah.

 Kita mungkin pernah terdengar orang mengatakan ‘Hanya yang terbaik sahaja layak jadi sahabat aku’ atau ‘Aku nak uji dia boleh tahan tak jadi sahabat aku’ tetapi kita lupa sahabat juga manusia. Macam kita. Kita ada buat salah, sahabat kita juga mungkin akan buat kesalahan. Kalau semua nak yang terbaik atas alasan dirinya bukan terbaik, sampai bila-bila takkan wujud persahabatan itu. Yalah, nobody is perfect! Kita jangan fikir dia sebagai sahabat kita, dia sepatutnya itu dan ini sebaliknya fikirkanlah ‘aku sebagai sahabat dia sudahkah aku menjadi sahabat yang baik untuknya? Sudahkah aku sampai ke tahap ithar – tahap tertinggi dalam ukhuwah?’ Perkara yang penting dalam persahabatan ialah DON’T BE SELFISH. Ramai yang mengatakan dia sahabat baik aku atau kami BFF tapi dalam masa yang sama, ketika susah dirinya diutamakan. Atau ketika dirinya mendapat kesenangan, sahabatnya dilupakan. Jangan begitu! Pernah dengar tak satu kisah tentang sikap sahabat yang lebih mengutamakan orang lain? Pernah dengar tak kisah sahabat yang melebihkan sahabatnya di perang yarmouk padahal dirinya amat memerlukan segelas air? Cuba bayangkan, tengah bertarung dengan maut, tiba-tiba tekak berasa dahaga. Bila air tiba, terdengar pula sahabat di sebelah meminta air kemudian air yang begitu didambakan diberikan kepada sahabat itu.Cuba bayangkan. Dalam peritnya menanggung kesakitan, orang lain lebih diutamakan. Sehingga diragut nyawanya, setitis air pun tidak dapat melalui kerongkongnya yang perit menanggung dahaga. Subhanallah! Besarnya pengorbanan sahabat itu! Kalau kita, tak payah cerita benda yang kita perlukan, benda yang kita tak inginkan pun kadang-kadang kita tak nak sahabat kita dapat. Dengki. Belum cerita lagi barang yang paling kita sayang. Sanggup kita bagi sahabat kita? Agak-agaknyalah, tahap mana ya ukhuwwah kita dengan sahabat kita tu?

 Pernah tak anda rasa cemburu dengan sahabat anda? Contohnya dia pelajar pandai di kelas dan disegani guru-guru. Anda cemburu dengannya sehingga tak bertegur. Atau anda cemburu dengan kepintarannya dan mengharapkan dia tidak mendapat markah tertinggi lagi di kelas. Pernah tak? Saya yakin, hampir 70% pernah mengalaminya. Yalah, kita mungkin tak sebut di mulut, tapi hati kita kadang-kadang berharap ada yang lebih hebat daripadanya. Jangan macam tu. Seorang sahabat akan sentiasa gembira melihat senyuman sahabatnya. Dan apa yang dirasakan baik untuk dirinya diharapkan akan dikurniakan kepada sahabatnya. Itulah sahabat yang sebenar! Sahabat lebih dicintai dari dirinya sendiri. Kalau pada diri kita, mesti kita nak yang baik-baik je kan? Betul tak?

 Sahabat yang baik akan selalu mendoakan sahabatnya. Seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa sahabatnya. Pernah tak anda berdoa kebaikan untuk sahabat anda? Kalau dah, alhamdulillah…Kalau belum, cepat2 doa. Biar dia dapat yang baik aje…Tu barulah tanda sayang. Lagi satu, kalau kita sayang dia, kita kenalah ajak dia pada kebaikan. Biar sama-sama masuk syurga. Jadi sahabat karib di sana. Bukan seperti yang terkandung dalam firman Allah di dalam surah az-Zukhruf ayat 67. “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” Nauzubillah. Harap kita tak termasuk dalam golongan yang menjadi musuh kepada sahabat sendiri. Sayang kan? Di dunia kawan baik di akhirat jadi musuh.

 Sahabat yang baik juga akan prihatin dengan sahabatnya. Ambil berat. Tahu segala masalahnya dan berkongsi cara menyelesaikannya. Bukannya meninggalkan sahabat terkontang-kanting menderita sendirian. Tak baik macam tu.


Akhirul kalam, saya berpesan kepada semua sahabat-sahabat saya agar ikhlas dalam persahabatan. Sayangilah sahabat anda kerana ketahuilah anda sangat bertuah kerana dikurniakan Allah seorang sahabat. Ramai lagi tau yang tak ada sahabat. Bukan semua kawan tu sahabat kita. Hati-hati dengan kawan yang jahat dan menjauhkan anda dari Allah. Anda yang sepatutnya menarik dia bukan dia yang menarik anda ke lorong hitam. Kalau anda mempunyai sahabat, hargailah dia dan terima dia seadanya kerana dia juga manusia seperti anda. Jangan bersahabat dengan dia kerana keceriannya kerana andai dia tidak dapat menceriakan anda, anda pasti akan menyalahkannya. Jangan pula bersahabat kerana kepintarannya kerana jika dia buntu, anda pasti akan menjauhinya. Dan jangan sesekali bersahabat kerana kelebihannya kerana dengan satu kelemahannya, anda mungkin menghindarinya. Pesan saya, bersahabatlah kerana Allah, oleh itu biar tampak seribu kekurangan padanya, persahabatan anda tidak akan terjejas kerana anda yakin kekurangannya atas kehendak Allah.


Just a second

Salam . Sedih tak terkata saya nih . Result penggal 1 bad gilerrr . Nangis tak sudah sudah . Orang salu kata sini "nyesal pun dah takde gunanya" . Ermmmmm . What can i do now? Firstly, no more word "enjoy" in my life . Secondly , ingat pesan bapak "belaja bebena , boh main gik" ANAK YANG BAIK , ANAK YANG MENDENGAR KATA ¡ Btw , congrate to all my awesome friend yang berjaya capai pointer yang baik .

Something Bad

I'm not the type to get my heart broken . I'm not the type to get upset and cry. Cause I never leave my heart open, Never hurts me to say goodbye. Relationships don't get deep to me, Never got the whole 'in love' thing and someone can say they love me truly but at the time it didn't mean a thing. My mind is gone, I'm spinnin' 'round and deep inside my tears I'll drown. I'm losin' grip, what's happenin'?I strayed from love, this is how I feel. This time was different. lt like I was just a victim and it cut me like a knife when you walked out of my life.Now I'm in this condition and I've got all the symptoms Of a girl with a broken heart but no matter what you'll never see me cry.How did I get here with you? I'll never know. I never meant to let it get so personal and after all I tried to do, stay away from lovin' you I'm broken hearted, I can't let you know and I won't let it show, you won't see me cry.