Assalamualaikum,
apa khabar semua? Apa khabar iman anda? Alhamdulillah,
saya diberi lagi kesempatan olehNya untuk menggerakkan jemari menekan
papan kekunci. Syukur pada Allah. Kali ini saya mahu berbicara mengenai
cinta kerana Allah. Cinta atas ikatan persaudaan. Ukhuwwah. Bila bercakap mengenai ukhuwah, apa yang
terbayang di fikiran anda? Mesti sahabat anda, atau kawan chatting anda
atau sesiapa sahaja yang anda rasa senang bersamanya. Betul tak? Tapi
ingat! Bukan yang berlainan jantinan ya? Bila sebut ukhuwah, selalunya
orang akan terfikir sahabat baik. Anda semua ada sahabat baik? Pernah
tak anda bergaduh dengan sahabat baik anda? Kalau tidak, saya ucapkan
tahniah! Kalau ya pun saya ucapkan tahniah kerana walaupun ada pelbagai
rintangan sehingga menimbulkan pergaduhan, hingga kini dia masih sahabat
baik anda! Tahniah.
Kita mungkin pernah terdengar orang mengatakan ‘Hanya yang terbaik
sahaja layak jadi sahabat aku’ atau ‘Aku nak uji dia boleh tahan tak
jadi sahabat aku’ tetapi kita lupa sahabat juga manusia. Macam kita.
Kita ada buat salah, sahabat kita juga mungkin akan buat kesalahan.
Kalau semua nak yang terbaik atas alasan dirinya bukan terbaik, sampai
bila-bila takkan wujud persahabatan itu. Yalah, nobody is perfect! Kita
jangan fikir dia sebagai sahabat kita, dia sepatutnya itu dan ini
sebaliknya fikirkanlah ‘aku sebagai sahabat dia sudahkah aku menjadi
sahabat yang baik untuknya? Sudahkah aku sampai ke tahap ithar – tahap
tertinggi dalam ukhuwah?’ Perkara yang penting dalam persahabatan ialah
DON’T BE SELFISH. Ramai yang mengatakan dia sahabat
baik aku atau kami BFF tapi dalam masa yang sama, ketika susah dirinya
diutamakan. Atau ketika dirinya mendapat kesenangan, sahabatnya
dilupakan. Jangan begitu! Pernah dengar tak satu kisah tentang sikap
sahabat yang lebih mengutamakan orang lain? Pernah dengar tak kisah
sahabat yang melebihkan sahabatnya di perang yarmouk padahal dirinya
amat memerlukan segelas air? Cuba bayangkan, tengah bertarung dengan
maut, tiba-tiba tekak berasa dahaga. Bila air tiba, terdengar pula
sahabat di sebelah meminta air kemudian air yang begitu didambakan
diberikan kepada sahabat itu.Cuba bayangkan. Dalam peritnya menanggung kesakitan, orang lain lebih
diutamakan. Sehingga diragut nyawanya, setitis air pun tidak dapat
melalui kerongkongnya yang perit menanggung dahaga. Subhanallah!
Besarnya pengorbanan sahabat itu! Kalau kita, tak payah cerita benda
yang kita perlukan, benda yang kita tak inginkan pun kadang-kadang kita
tak nak sahabat kita dapat. Dengki. Belum cerita lagi barang yang paling
kita sayang. Sanggup kita bagi sahabat kita? Agak-agaknyalah, tahap
mana ya ukhuwwah kita dengan sahabat kita tu?
Pernah tak anda rasa cemburu dengan sahabat anda? Contohnya dia pelajar pandai di kelas dan disegani guru-guru. Anda cemburu dengannya sehingga tak bertegur. Atau anda cemburu dengan
kepintarannya dan mengharapkan dia tidak mendapat markah tertinggi lagi
di kelas. Pernah tak? Saya yakin, hampir 70% pernah mengalaminya. Yalah,
kita mungkin tak sebut di mulut, tapi hati kita kadang-kadang berharap
ada yang lebih hebat daripadanya. Jangan macam tu. Seorang sahabat akan
sentiasa gembira melihat senyuman sahabatnya. Dan apa yang dirasakan
baik untuk dirinya diharapkan akan dikurniakan kepada sahabatnya. Itulah
sahabat yang sebenar! Sahabat lebih dicintai dari dirinya sendiri.
Kalau pada diri kita, mesti kita nak yang baik-baik je kan? Betul tak?
Sahabat yang baik akan selalu mendoakan sahabatnya. Seorang sahabat itu
terlalu istimewa dalam doa sahabatnya. Pernah tak anda berdoa kebaikan
untuk sahabat anda? Kalau dah, alhamdulillah…Kalau belum, cepat2 doa.
Biar dia dapat yang baik aje…Tu barulah tanda sayang. Lagi satu, kalau
kita sayang dia, kita kenalah ajak dia pada kebaikan. Biar sama-sama
masuk syurga. Jadi sahabat karib di sana. Bukan seperti yang terkandung
dalam firman Allah di dalam surah az-Zukhruf ayat 67. “Teman-teman akrab
pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain
kecuali orang-orang yang bertakwa.” Nauzubillah. Harap kita tak termasuk
dalam golongan yang menjadi musuh kepada sahabat sendiri. Sayang kan?
Di dunia kawan baik di akhirat jadi musuh.
Sahabat yang baik juga akan prihatin dengan sahabatnya. Ambil berat.
Tahu segala masalahnya dan berkongsi cara menyelesaikannya. Bukannya
meninggalkan sahabat terkontang-kanting menderita sendirian. Tak baik
macam tu.
Akhirul kalam, saya berpesan kepada semua
sahabat-sahabat saya agar ikhlas dalam persahabatan. Sayangilah sahabat
anda kerana ketahuilah anda sangat bertuah kerana dikurniakan Allah
seorang sahabat. Ramai lagi tau yang tak ada sahabat. Bukan semua kawan
tu sahabat kita. Hati-hati dengan kawan yang jahat dan menjauhkan anda
dari Allah. Anda yang sepatutnya menarik dia bukan dia yang menarik anda
ke lorong hitam. Kalau anda mempunyai sahabat, hargailah dia dan terima
dia seadanya kerana dia juga manusia seperti anda. Jangan bersahabat
dengan dia kerana keceriannya kerana andai dia tidak dapat menceriakan
anda, anda pasti akan menyalahkannya. Jangan pula bersahabat kerana
kepintarannya kerana jika dia buntu, anda pasti akan menjauhinya. Dan
jangan sesekali bersahabat kerana kelebihannya kerana dengan satu
kelemahannya, anda mungkin menghindarinya. Pesan saya, bersahabatlah
kerana Allah, oleh itu biar tampak seribu kekurangan padanya,
persahabatan anda tidak akan terjejas kerana anda yakin kekurangannya
atas kehendak Allah.




No comments:
Post a Comment