Instagram

Pesta Cahaya "Diwali"

Haloo!all lovely reader..
Sempena Hari Deepavali ni , saya nak story all about Happy Deepavali celebration .

Pada era Globalisasi kini , negara kita (Malaysia) terkenal di persada dunia dengan adanya pelbagai jenis perayaan . Setiap jenis perayaan disambut oleh semua kaum dan bangsa . Di Malaysia , hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia *Kesempatan untuk Holiday ! hehe (yang tak sambut Deepavali cuti jugak ) . Sesuai dengan slogan yang menjadi amalan semua rakyat malaysia , "1MALAYSIA". Perayaan lebih meriah di India , sungguhpun begitu perayaan di Malaysia ini tidak kurang hebatnya . I'm proud to be MALAYSIAN .
Pada pagi Deepavali , penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat . Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru , penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga .
Bagi persiapan Deepavali :
  • membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat
  • lampu ‘vilakku’ dipasang (sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat)
 Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi , iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini . Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya .
  • Di pagi hari , masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi . Kemudian mereka akam bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil .
  • Selepas bersembahyang , mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga . Kebiasannya , surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.
  • Di kebanyakan rumah , ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah .
Selain dari itu , penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka , dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi . Di hari Deepavali ini , pertelingkahan akan dilupakan , manakala kemaafan akan mendapat penghargaan .
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan.
[Kolam+2.jpg]
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah


P/S: Dalam pada kita menyambut Perayaan Deepavali yang mulia ini , sama-samalah kita hayati iklan Petronas yang cukup bermakna ini . Sekali lagi, Selamat Menyambut Deepavali! ^__^

No comments:

Post a Comment